Wednesday, May 30, 2007

Berita Yg tak berapa Baik Dariku

Susahnyaa nak jadik penyampai utusan nehh..especially sesuatu yg tak berapa baik..hmmm..thats life laa kan...takper...aku nak memberitahu kekawan semua...pada hari ahad yg lepas..ayah mertuaku telah jatuh sakit diserang stroke...pada ahad ptg tue aku...anne ngan aleeya bergegas ke muar lepas dapat tahu berita tue from adik ipar aku...ermmm...kitorang stay kat sana sampai ari selasa...pastu aku terpaksa balik ke KL kerana aku terpaksa bekerja...anne ngan aleeya ditinggalkan kat sana..aku buat camtu atas sbb utk menemankan mak mertua aku tue...ermmm..sriyes beb..mmg sebak biler aku tgk keadaan pak mertua aku..aku sendiri pun tak dapat nak menahan air mata aku dari mengalir...yerlaa kan..aku rasa cam baru ajer..aku cam berborak ngan dier...aku rasa 2-3 minggu yg lepas rasanya...time tue tgk dier cam sihat walafiat..tetiba ajer aku tengok...biler aku balik ke muar..isk...mmg cam tak caya ajer...tapi takperlahh..aku doakan semoga ayahku cepat sembuh...kami semua sayang ayah....dalam masa aku tgh menaip nie pun air mata aku nehh tak berhenti2 berlinang....mmg aku tak dapat nak tahan...sriyesly mmg sedihh...

Labels:

Thursday, May 17, 2007

Keluhan seorang engineer proton.....

Ini dipetik dari salah sebuah website yg well-known jugakk...renung-renungkanlah....

Subject: FW: keluhan Engineer Proton

askum, ni ada sorang hamba Allah yg nak menjawab persoalan2 yg dilontarkan terhadap proton, up to u to believe it or not.. Assalamualaikum, Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON. "Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga." Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100% body dibuat di Malaysia. "Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya." Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara sendiri. "Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang." Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia. Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia. "Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je.." Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya.... . Memang pada mulanya kita belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut. Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit. Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK. Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu. Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman. Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton. Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit. Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri. o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya. .. Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well... kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu... In fact. Kukuh. Saudara saudari... Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain. Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka. "Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya." Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah... kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau. "Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai." Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA) Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua...bekas Proton, Head of Styling...bekas Proton, Head of Planning...bekas Proton, Head of Production.. .bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services...bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them... orang lain ambil cara senang je. Naza pulak.. Head of R&D....bekas Proton. Head of Production.. .bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan... Head dia pun bekas proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu kira head je...bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So... orang Proton tak bagus? Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara... dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...? "Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja..." Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton... 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton...100, 000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0... Kosong. Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai. Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung. Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya. Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea...susah. Sebabnya... 1. memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit. Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada. Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak. Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..? Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar. Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap. Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan. Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita... apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya. Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German.... Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia. Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman. .. Perodua, Naza ambil. Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar. Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je... test sendiri. Baru tau. Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual. ... Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto. Nak main ciluk-ciluk. .. switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?

Friday, May 11, 2007

Rebel without a cause!!

Sbb aper ekk??..ader laa sbb something...maybe its to sensitive to say it in here..takut somebody terasa...sorry yer...i'm not tied with the f**in rules in my f**in blog...aku just nak meluahkan ajer aper yg aku rasa aku patut luahkan..anyway..its my own damn blog..ok..naper aku camnie??..ader laa sorang hamba allah neh..dok ngata memacam aaa kat hasil seni aku..naper aku tak puas hati??..hmmm...bukannya aku tak suka hasil keje aku dikomen..aku suka...tapi cam mmg menyakitkan hati aaa..sblm nehhh..aku cam terima ajer aper kritikan org semua..aku jadikkan semua kritikan tue sebagai sempadan to what i am today...bro..ko kalau nak komen pun beragak2 aaa skett bro..ko kalau hasil keje ko mmg superb..lain laa citer kan...ini cam cilaka jugak....and jgnlah nak berlagak yg ko tue power sangat bro...don't talk to me about all the RULES...aku kira khatam dahhh all the technical aspect that i need to know..skang nie its the matter of my shooting style...RULES are RULES BRO..and RULES ARE MADE TO BE BROKEN....keluarlah ko dari kelompok kemelayuan yg sungguh tipikal itu..think out of the box...gerakkan skett minda ko tue...fikir benda yg luar dari apa yg orang lain fikir...

Pada kekawan yg lain yg baca blog aku nehh...aku harap korang paham...aku takut ader laa suara-suara sumbang kat blakang yg dok ngata "isk..kalau tak tahan kena kritik tue..baik takyah bercampur ngan orang..dok dalam gua"...to hell with them...I am what I am..This is THE WAY I AM..and nobody can move me...if u are stick to the rules..and I am the REBEL...

-Forfeit the game...Before somebody else...Takes you out of the frame....Puts your name to shame...Cover up your face....You can't run the race....The pace is too fast...You just won't last-

Labels:

Tuesday, May 08, 2007

Spiderman & me

Guess what...aku dah tgk dah movie the best ever super heroes movies..the best conclusion to the so called revenge...mmg sriyesly best..talkin about spiderman..one of the heroes i admired time zaman skolah dulu..dulu aku neh antu komik...memacam komik aku simpan...spiderman..x-men..silver surfer...punisher..The infinity gauntlet..superman..batman..and the list goes on...the best thing is that..my parents encourage me to collect these comics...they tell me it can improve your english a lot..aku mmg tak baper suka sangat nak baca novel..but i love comics...and wallahh..here i am now...i prefer to speak in bahasa melayu..sebabnya ia adalah bahasa kebangsaan..i am a proud malaysian...aku bangga ngan bahasa aku sendiri...back to the spiderman punyer character yaa..ermmm..he's a loser...and it turns out to be a loser in the end walaupun dier hero...nak buat camner kan..sbbnya..dalam proses to be a spiderman...dier telah kehilangan uncle dier...and dalam spiderman 3 jugak...ehehehehe..dier kehilangan seorang kawan baik dier..film nie menceritakan straight from the comics..walaupun ader perubahan sikit here and there...but its still tak lari dari landasan sebenar...kudos to stan lee and avi arad(the creator of spiderman) and sam raimi(the director of spiderman movie)...the movie are so success..full of emotions...and aku time tgk citer spiderman nehh..terbawak-bawak jugak aku...tetiba ajer aku rasa sebak...kesimpulannya...walaupun ko sekuat mana pun...forgiveness are more powerful than everything else....dalam ketiga-tiga sequel spiderman..yg the 3rd one laa paling best..it concludes everything...so guys..pada sesaper yg tak tgk tue..pegi-pegi laaa meramaikan panggung tue...tgk kat DVD mmg tak feel...ehehhehe..BE ORIGINAL!!!

Labels:

Wishlist

I wish I was a neutron bomb, for once I could go off
I wish I was a sacrifice but somehow still lived on
I wish I was a sentimental ornament you hung onThe christmas tree,
I wish I was the star that went on top
I wish I was the evidence, I wish I was the grounds
For 50 million hands upraised and open toward the sky

I wish I was a sailor with someone who waited for me
I wish I was as fortunate, as fortunate as me
I wish I was a messenger and all the news was good
I wish I was the full moon shining off a camaros hood

I wish I was an alien at home behind the sun
I wish I was the souvenir you kept your house key on
I wish I was the pedal brake that you depended on
I wish I was the verb to trust and never let you down

I wish I was a radio song, the one that you turned up
I wish...
I wish...

Labels:

Monday, May 07, 2007

Glory Glory Manutd


Courtesy of ESPN SOCCERNET

Arinie aku sangat gembira...sbb aper???..sbb..team bola kegemaran aku dah dapat title premiership..chelsea seri ngan arsenal tadik..secara automatically manutd dapat title...tq arsenal for giving us the favour..hahahahahaha...TQ TQ TQ..artikel nie adalah petikan from soccernet...baca laaa...

Ferguson v Mourinho

STARTING POSITION
Sir Alex Ferguson: A fantastic achievement after three seasons without the league crown. Has reinvented his side despite real competition from Chelsea, Liverpool and Arsenal.

Jose Mourinho: A disappointing season - the prospect of a domestic cup double will not make up for failure in the Premiership and Champions League. The only question is, will Roman Abramovich keep him?

MIND GAMES
Ferguson: Still loves a psychological battle and he and Mourinho have been slugging it out all season. Has a real challenger in the Chelsea boss but the old master has showed he will not allow anyone to dampen his competitive spirit.

Mourinho: The Blues manager has taken psychological warfare to a new extreme. Exploits any situation to try to gain an edge and not bothered if he crosses the line or bends the rules.

STYLE
Ferguson: Tough cookie who does not suffer fools. Strong personality to the point of intimidating. Absolutely passionate despite the fact he has been there and done it so often.

Mourinho: Has lost some of the old super-cool image and at times has let the pressure get to him. Despite that, manages brilliantly to divert attention away from his players.

TALENT SPOTTING
Ferguson: His decision to splash out big bucks on Michael Carrick was ridiculed but the midfielder has been superb, as has centre-back Nemanja Vidic. It was his original spotting of Cristiano Ronaldo back in 2003 that has made the difference this season.

Mourinho: Knows exactly who he wants and goes for them no matter what the price. Has hits and misses though: Ashley Cole and Salomon Kalou have hardly set the world alight, and the same could be said of Andriy Shevchenko - although whether he was Mourinho's signing is another matter.

STRENGTHS
Ferguson: Developed the fast, counter-attacking brand which has dominated the Premiership for a decade, and United have never played it better than they have this season.

Mourinho: His tactical and analytical brilliance took a knock this season but has developed Chelsea into a relentless machine which usually hounds the life out of opponents.

WEAKNESSES
Ferguson: Will be cursing himself that he did not sign an extra striker this season. Henrik Larsson was so important during his loan spell - and United were found wanting against AC Milan without him.

Mourinho: Perhaps put too much emphasis on wanting to win the Champions League - and failure win that or the Premiership could cost him his job.


Pasnie MU akan lawan chelsea utk menghabiskan baki game yg tinggal...Title holders had been decided today..tapi game nehh cam nak memecahkan rekod chelsea yg tak pernah kalah kat tempat sendiri..pastu ujung musim neh...FA cup final MUFC akan berhadapan ngan chelsea skali lagik...game nie sure klasik laa..MUFC akan bermati-matian utk dapatkan double title musim nehh...GLORY GLORY MANUTD!!!!!

Tuesday, May 01, 2007

Its been 2 Years....

Sedar tak sedar dah dekat nak 2 tahun dah aku ngan bini aku bersama sebagai seorang suami isteri..dikurniakan seorang baby girl yg cukup laa teramat comel..aper lagik yg aku nak ekk??...sepanjang 2 tahun nehh..banyak benda yg berlaku..of course there's a hiccup here and there...tapi nampaknya kami berjaya mengharunginya...susah senang aku dier sentiasa berada di sisi aku..TQ sayang...banyak pengorbanan yg telah bini aku lakukan...support dier pun cukup kuat untuk menyokong aku mengharungi pahit manis hidup sebagai seorang suami..aku tahu..aku neh jarang ader rumah..al-maklumlah aku nehh keje shif..pastu ngan tugas sebagai seorang fotografer yg sedang belajar...dier tetap menanti kepulangan aku dgn penuh kesabaran..tak pernah sekalipun merungut aku jarang ada kat rumah...ermmm..itulah isteriku...bidadariku..FAUZANA ABD WAHAB...TQ for everything sayang..B sayang sangat kat sayang..semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat..I love u So much

Ermmm..aku korek2 collection lagu2 lama aku..aku jumpa satu lagu nehh...aku dedicate kan lagu nehh utk isteri aku...its a rock song from Silverchair...enjoice the lyrics yaa...kalau nak file lagu neh..jgn segan-silu mintak kat aku yer....

Across The Night
Across the night
It was the moon that stole my slumber
Across the night
I fell in love with people sleeping
And hugged a man's arthritic shoulder

I fell tired, asleep in a golden ocean
Your eyes perspired, a spike in my fascination

I don't mean to make you cry
But this feeling will run right through the night
And I'll only make you cry with these feelings
Sleepless, untamed without a leash on the light around me


{So let us be married and have another baby
Coz I don't wanna be lonely
I just wanna be alone
Yeh let's just get married shouting baby, baby, babies
"You'll never sleep at all"
But I don't wanna be lonely
Never seen the sunshine
From higher points than sunrise
I don't wanna be lonely
I just wanna be alone}

This part of the lyrics already done...ehehehehe...